My Thought

Tapai Oh Tapai…

TAPAI…

Aku tak suka makan tapai.. Tak kisah la tapai pulut ke tapai ubi ke.. Aku pernah try, tp tak leh nk masukla… Aku pun tak tau knpe.. Mungkin sebab aku tak biase kot.

Kebetulan malam td aku menolong kawan aku membungkus tapai kat umah dia, tu yang aku teringat pasal tapai ni. Untuk mereka yang biase, senang nk telan kot. Tapi aku?? Lambat sikit kot nk trime tapai tu.. Huhuhuhu….

Tapi macam mana nak buat tapai yer? Lupe pulak aku nk tanye mak cik a.k.a mak kawan aku tu.. So aku pun search la kat google ni mcmne nk wat tapai…. Buat tak pandai, makan pun tak pandai.. So dapat pandai bungkus pun jadik lerrr… Hahahaha… Berikut merupakan cara-cara nk buat tapai…

RESEPI TAPAI PULUT
Bahan-bahannya:
  • sekilo beras pulut
  • 1/4 dari sebiji ragi *sebiji ragi dibahagi 4…ambil 1 bahagian sahaja*
  • air 1.5 – 2 mug
Cara:
  1. Rendam pulut selama 2 jam kemudian toskan
  2. Kukus pulut selama 15 – 20 minit.
  3. Keluarkan pulut dari kukusan, pindahkan ke dalam satu besen/periuk.
  4. Arung rata dengan air.
  5. Kukus lagi sampai periuk keluar wap.
  6. Keluarkan pulut dari kukusan, biarkan pulut betul2 sejuk.
  7. Hancurkan ragi, taburkan ragi ke atas pulut *seeloknya guna penapis, biar rata kena semua bahagian pulut*
  8. Boleh mula membungkus pulut dalam daun pisang/daun getah.  Tutup dengan lidi/stepler. *boleh juga dimasukkan ke dalam mana2 bekas yang sesuai asalkan bertutup*
  9. Masukkan tapai yang dah siap dibungkus ke dalam satutupperware besar.  Tutup dan hanya boleh dibukatupperware tersebut selepas 36 jam.
formula untuk tahu tapai dah masak belom…. 

  • malam ini bungkus tapai, malam esok tapai dalam keadaan demam, keesokan paginya tapai dah sedia untuk dimakan tapi tengahari/petang sikit baru tapai betul2 manis… 🙂
p/s: Resepi ni aku copy n paste dr fzmenu.blogspot.com. TQ…
My Thought

Di Persimpangan Di lema..

Nak ke tak nak…

Nak ke tak… Nak ke tak… Aaaaiiissshhh.. Dekat 10 kali dah aku wat mcm tu. Ape yang nak, ape yang tak nak? Huhuhu… aku dalam dilema ni. Nak buat keje part time ke tak nak ni. Kena fikir panjang2 ni, kena fikir baik buruk, kena tanye pendapt orang lain lak mcmne. En. Tunang kate no problem asalkan aku ni larat. Masalahnye aku ni larat ker? Dulu time blajo aku larat la sbb masa kelas bukan straight to 8 hours, directly.. ade gap, ade mase nak tido study.. Hehe (ayat cover..baik punye).. Betul ape, dulu aku kn stadi 2 kali ganda daripada org lain tau sbb masa aku stadi terhad.

Tp skarang ni mcm mana ek.. Aku dah keje. Tapi nk wat keje part time. Biar betul aku ni??? Aku sendiri pun teragak2.. Aku igt lg ms aku blajo sekolah agama dl ade hadis kate klu kite ni teragak-agak, baik jgn buat. Eeerrmmmm.. tapi gerak hati aku ni kuat kate aku boleh wat….

Hhhhhuuuuuuwwwwaaaaa…. mcmne ni. Mak, ayah..HELP ME!!! I cannot make the decision. My bad!!!

Mcmnila.., aku nk ‘list’kan  baik buruk kalu aku wat keje part time ni mcmne..

Kebaikan:

  1. Duit..duit..duit…..HAHAHHAHA…aku dpt duit lebih..haha.. Leh cover gaji aku yang 1 lg.
  2. Aku leh menyimpan lebih sket.. Nak kawin tahun depan, byk nk pakai duit.
  3. Aku leh tolong mak ayah aku.. bagi skit duit blanja utk renovate umah kat kg (selama ni dpt bagi skit2 jer)
  4. Masa utk aku berfoya-foya dating dgn En. Tunang terhad. dapat kurangkan bajet dating..hahaha..
  5. Dapat kurangkan dosa sbb dah kurang dating… hehehe… Yela. klu dating mesti ade terpegang-pegang tangan kan… hikhik…
* kesimpulan drpd kebaikan tu, aku nampak mostly lebih kepada kepentingan kewangan..hehehe.. Aku sssuuukkkaaa bab2 duit masyuk ni… (perangai aku yang giler keje dah datang balik ni…)
Tengok keburukkan lak:
  1. Aku dah tak de masa nk bersosial
  2. Aku terpaksa limitkan masa tuk balik kampung… HHuuuwaaa…rindu mak ayah nnti..
  3. Aku mesti penat giler..
lg ape yer…????  Errrmm.. tu je kot… kebaikkan mengatasi keburukkan ni… But, I still can’t make decision ni…hhhhhhuuuuuu… Tengokla sehari dua ni aku fikir dulu mcmne..susah tOl ROFAIZAH ni nk wat keputusan..aaaiiiiisssshhhhh…….(geleng kepala)..
~~Fin..~~
My VVIP

My Life Starts Here…

Mengingat kembali tanggal 08 Mac 1985, seorang bayi comel (comel ker??) telah pun selamat dilahirkan. Menganggap ianya adalah 1 anugerah dari Allah SWT, pasangan Latiff dan Rohana memanjat kesyukuran ke hadrat yang Maha ESA atas kurniaan-NYA. Seorang bayi perempuan (iaitu Aku) telah bernafas di bumi ciptaan Allah..Allahu Akbar!

Mengimbau saat-saat manis ketika kanak-kanak memang seronok.. Aku tidak terbeban oleh ape-ape perkara. Kehidupan yang ceria disamping mak dan ayah yang penyayang. Selama 7 tahun aku menjadi peneman setia mak dan ayah, menjadi cahaya yang menyinari kehidupan mereka.  Walaupun nakal, degil, selalu melawan kata (masa kecik-kecik aje), mak dan ayah tetap sabar melayan karenah aku. Sekali-sekala bile tak dapat tahan sabar, dapatla aku upah nakal aku. Mungkin orang lain tak pernah merasa kena cubit, tak pernah merasa mulut kena cili, kena penampar. Kan? Tapi aku dah merasa semua itu..Haha.. Maknanye aku memang nakal lah kan..? Padan muka aku.

Tapi itu sume kisah lama.. Zaman kanak-kanak, siape yang tak nakal. Betul tak? Senakal-nakal aku, aku ni cepat serik. Bile dah kena sekali aku takkan buat lagi. Bagus kan? Haha.. Masuk bakul angkat sendiri. Bercerita mengenai ayah aku, perkara pertama yang orang akan nampak ialah GARANG.. Ermmm..ayah garang ker?? Ayah bukan garang tetapi ayah TEGAS. Tegas kepada aku supaya aku jadik manusia yang berguna. Mungkin kerana ayah dulunye seorang askar, so ciri-ciri disiplin diri, ketegasan memang dah sebati dalam diri ayah.

Teringat pulak aku tentang ayah punyer ‘garang’ ni. Pernah 1 day tu (masa tu aku dah tingkatan),  rasanya weekend kot, one of my friends (lelaki la ni) called just to ask about homework, and suddently when my father knows that called from a boy, he ask me to hang up the phone. Just borak not less than 2 minutes, then letak. Padahal just talking ’bout school n homework stuff. Errmmm.. Pada masa tu aku really can’t understand him. Tapi aku tak berani nak suarekan kat ayah aku sebab dulu aku sangat2 takut dengan ayah.. Hahaha.. Simpan jela dalam hati.. But the fact is, He is my BEST FATHER IN THIS WHOLE WORLD & I love him so much! Yes, he is strict but he is also loving…sob..sob..sob… (berlinang air mata aku bile taip ni, nasib bek ayah tak pandai komputer2 and blogging stuff ni, kalau tak sure dia kembang hidung). Itula dia bapak aku LATIFF BIN AMRIM.

p/s: next entry aku akan cerita tentang “TEMAN BAIK” aku kat rumah..plz wait…