RSS

Tapai Oh Tapai…

10 Jun

TAPAI…

Aku tak suka makan tapai.. Tak kisah la tapai pulut ke tapai ubi ke.. Aku pernah try, tp tak leh nk masukla… Aku pun tak tau knpe.. Mungkin sebab aku tak biase kot.

Kebetulan malam td aku menolong kawan aku membungkus tapai kat umah dia, tu yang aku teringat pasal tapai ni. Untuk mereka yang biase, senang nk telan kot. Tapi aku?? Lambat sikit kot nk trime tapai tu.. Huhuhuhu….

Tapi macam mana nak buat tapai yer? Lupe pulak aku nk tanye mak cik a.k.a mak kawan aku tu.. So aku pun search la kat google ni mcmne nk wat tapai…. Buat tak pandai, makan pun tak pandai.. So dapat pandai bungkus pun jadik lerrr… Hahahaha… Berikut merupakan cara-cara nk buat tapai…

RESEPI TAPAI PULUT
Bahan-bahannya:
  • sekilo beras pulut
  • 1/4 dari sebiji ragi *sebiji ragi dibahagi 4…ambil 1 bahagian sahaja*
  • air 1.5 – 2 mug
Cara:
  1. Rendam pulut selama 2 jam kemudian toskan
  2. Kukus pulut selama 15 – 20 minit.
  3. Keluarkan pulut dari kukusan, pindahkan ke dalam satu besen/periuk.
  4. Arung rata dengan air.
  5. Kukus lagi sampai periuk keluar wap.
  6. Keluarkan pulut dari kukusan, biarkan pulut betul2 sejuk.
  7. Hancurkan ragi, taburkan ragi ke atas pulut *seeloknya guna penapis, biar rata kena semua bahagian pulut*
  8. Boleh mula membungkus pulut dalam daun pisang/daun getah.  Tutup dengan lidi/stepler. *boleh juga dimasukkan ke dalam mana2 bekas yang sesuai asalkan bertutup*
  9. Masukkan tapai yang dah siap dibungkus ke dalam satutupperware besar.  Tutup dan hanya boleh dibukatupperware tersebut selepas 36 jam.
formula untuk tahu tapai dah masak belom…. 

  • malam ini bungkus tapai, malam esok tapai dalam keadaan demam, keesokan paginya tapai dah sedia untuk dimakan tapi tengahari/petang sikit baru tapai betul2 manis… 🙂
p/s: Resepi ni aku copy n paste dr fzmenu.blogspot.com. TQ…
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 10, 2011 in My Thought

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: