RSS

Monthly Archives: June 2012

Aku Terima Nikahnya….

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan sekali lafaz akad ijab dan kabul, aku sah menjadi isterinya. Alhamdulillah.. Tiada ape yang dapat aku gambarkan dengan perasaan aku sebelum lafaz itu sah. Perasaan excited bertukar kepada gementar dan  risau.Berkecamuk perasaanku ketika itu. Aku hanya mampu merenung sahabat baikku, sambil mengharap doa agar segalanya berjalan lancar. Tatkala Tok Kadi membaca khutnah nikah, tanganku pantas menggenggam erat tangan sepupu rapatku, semua itu untuk menghilangkan perasaan gementar. Ketika Tok Kadi memulakan lafaz akad nikad, aku berasa berada didunia lain. Aku hanya mendengar suara Tok Kadi dan juga suara bakal suamiku sehinggalah selesai sesi akad nikah dan ketika perkataan SAH tertangkap di telinga aku, aku rasa sgt2 tenang. terasa seperti satu bebanan besar yang menimpa aku telah hilang dengan serta merta..berada di awang-awangan.. begitula yg aku rasa ketika itu.. 

Syukur Alhamdulillah, tanggal 25/05/12 merupakan detik bersejarah dalam hidupku kerana setelah 8 tahun menyulam kasih sayang, akhirnya kami disatukan dalam majlis yang serba sederhana. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Aku sangat gembira dengan kehidupan baru sekarang dan aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik dan taat kepada suami.. Moga Allah memberkati perjalanan hidup rumah tangga kami.. Aminn… 

Terima kasih yang xterhingga kepada sahabatku Ct Aminah yg bnyak membantu aku dari segi segalanya. Kaula org kuat aku. Thank You Friend. Juga buat keluarga dan keluarga mentua, sahabat2, sedara mara yang hadir membantu dan memeriahkan majlis. Aku tak mampu membalas jasa baik korang. Hanya kepada Allah aku serahkan segalanya..

Image

 
Leave a comment

Posted by on June 14, 2012 in LoVe U & mE

 

Tags: