My Thought

Tabah..

Sahabat.. Semoga kau tabah menghadapi dugaan dari yang Maha Esa. Aku hanya mampu berdoa untuk kau. Aku memahami perasaan kau ketika itu walaupun ketika itu kau tidak mahu berkongsi rasa denganku.. Air mata aku bergenang ketika kau menceritakan perihal itu. Aku turut bersedih atas kehilanganmu.. Aku berdoa semoga ada rezeki yang lebih baik akan menyusul seketika nanti. Hapuskan air matamu, kuatkan semangatmu.. Aku kan senantiasa berada disisimu kiranya kau memerlukan aku. Arwah anakmu akan menunggumu di syurga… Amin…

Advertisements
LoVe U & mE

Buat buku…

Assalamualaikum..

Dah lm jari jemari tak menari lincah menyusun ayat dan kate2 untuk blog ni. Terasa lama luahan hati tak tersampai di muka ruangan ni. Kerana kekangan masa dan kadangkala tahap kemalasan yang amat tinggi menyebabkan aku yang sebenarnye banyak perkara untuk dicoretkan jadi tertangguh untuk diluahkan di sini.

Kisah ni dah pun sebulan berlalu.. seperti yang aku katekan td coretan aku jadi tertangguh dek kerana kesibukkan + kemalasan..hahaha (gelak jahat nakal sikit).

Jom kite flashback ape yang berlaku sebulan yang lalu… duuuusssshhhh3…bzzzbbbbzzzzbbzzz…. (konon-konon nak buat bunyi flashback, kalau xjadi, anggap jela jadik yer…hehehe)

17 hb Disember 2012, first time aku ke klinik desa berdekatan rumah untuk membuat buku. Buku ape? hehehe… buku buncit a.k.a buku mengandung… =). Dengan ditemani Hincik Suami, menaiki motor jer (sbb dkt dgn umah + jimat + cepat sikit), kitorg pun masukla ke klinik tu. Aku dengan muke ala2 kelat2 xtau ape2..terus duduk. Bile *misi tengok aku yg agaknye terserlah muke blurnye tu, trus panggil aku. Aku pun menyampaikan hajat aku yang sangatla besar tu, utk buat buku.. hehehe.. setelah diisi form segala bagai kat dalam buku tu, sijil nikah yang membuktikan aku ni sah bernikah (hehehehe) dan juga ic, so setella buat buku tu…

Seterusnye, benda pertama yang *misi tu suh buat adalah suh cek air kencing.. untuk ape? aku pun lupe nk tanye. Mungkin nk cek kandungan dlm air kencing tu normal or x kot..(mcm yakin xyakin je aku jawab) hehe. Nnti aku rujuk balik la kat *misi tu. Pastu aku kn timbang berat, kena cek kepekatan darah, tekanan darah dan lastly aku kn masuk dalam bilik untuk cek perut and segala yg berkaitan. Berat aku masa tu 53.9kg, kepekatan darah normal and tekanan darah aku pun ok.. Masa aku kat dalam bilik tu, after *misi tu cek2 sume, dia suh aku pegi ke klinik kesihatan Dengkil kerana usia kandungan aku masa tu dah hampir 12 minggu dan memang dah wajib scan utk nk dapatkan tarikh due aku nnti. Selain tu aku kn amik darah n adelah checkup susulan kat sana tu nnti.

So aku decide tuk pegi terus ke sana sjurus selepas tu. Dengan yakin aku bgtau kat *misi tu aku nk terus pegi aritu jugak (padahal suami aku keje, aku memang cuti. aku wat keputusan tnpa tye dia dulu..hikhik..suke2 ati aku jer kan?). Naseb bek Hincik Suami setuju..hehehe..selamat aku..

Masa di klinik desa tu, urusan setel dlm jam 10 lbih. So, kitorg terus gerak ke Klinik kesihatan Dengkil and sampai sana dalam kul 11 lbih sbb ade tersesat2, salah jalan (maklumla..xtau jalan). Selepas mendaftar, lebih kurang sejam lebih barula tibe giliran aku..huhu..jenuh menunggu. tp ape boleh buat, aku sampai pun dah lmbt..huhu. So setel la segala pemeriksaan semua..baby pun dah di scan, tarikh due pun dah dpt. Alhamdulillah setakat tu xde ape2 masalah & baby pun ok. Aku harap pasni baby sentiasa sihat sempurna…Insyaallah.. Amin…

note: * misi tu panggilan tuk nurse2..hehehe..

P/s: Sterusnye aku akn cite next appointment..=)