My Thought

Tips Bahagia Sampai Syurga..

Assalamualaikum

Ermm.. hari ni ape yang aku nk kongsikan ye..

2 3 hari ni aku terusik dengan kisah2 rumahtangga.. Kisah yang berlaku sekeliling n yang jadi depan mata sendiri. Ape yang aku rasa aku bleh share akan aku share kan… kita jadikan pedoman dan pengajaran bersama ye.

Sebelum aku cerita panjang, meh aku mukadimmah sikit la cerita aku.. Aku dah pun berkahwin dan mempunyai 2 org cahayamata (buat masa ni 2.. akan bertambah akan dtg InsyaAllah.. hahahaha) Aku ni xde la byk sgt mkn garam dr org2 lama.. usia perkahwinan pun baru menjangkau 5 tahun. Alhamdulillah..Bahagia.. bersyukur dengan ape yang aku ada sekarang.. Suami, anak2, keluarga sendiri n keluarga mentua semuanya terbaik. Alhamdulillah.. bersyukur sgt. Semua ini adalah rezeki dari Allah SWT. Rezeki Allah itu LUAS. Mungkin aku xdilimpahi dengan kekayaan wang ringgit dan kemewahan, tetapi aku bersyukur dengan ape yg Allah dah kurniakan pada Aku.. Alhamdulillah… Ok sambung..

Dalam alam rumahtangga ni aku rasa xde pasangan yang tak bertengkar, bergaduh, berselisih pendapat. Tipu la klau xde.. paling tidak mesti ada sikit. betul x? Sila angguk kepala laju2 hokey..jgn tipu kite.. heheheh.. tp apa2 pun itulah asam garam dalam rumahtangga.. Itulah rempah ratus yang menyedapkan kehidupan. Klau elok sentiasa jadi boring pulak kan? Ape yang penting mcmne cara setiap pasangan menghadapi n mengatasi setiap masalah n pergolakkan tu. Meh sini aku nk share sikit tips2 yang aku n soulmate aku guna pakai dalam alam rumah+tangga kami.

TIPS BAHAGIA SAMPAI KE SYURGA, InsyaAllah..AMin..

TIPS-TIPSNYA :

1. Perbaiki hubungan dengan MAHA PENCIPTA

DIA yang Maha ESA. Mana2 pun ini perlu didahulukan.. Aku n pasangan bukanlah manusia sempurna. Sentiasa dlm proses memperbaiki diri.. Luangkan masa solat bersama, mengaji, ambil masa untuk sentiasa muhasabah kekurangan n kesilapan diri.. berdoa supaya rumahtangga sentiasa aman harmoni dilindungi Allah SWT.. Amin..

2. Sharing is Caring

Biasa dengar kan perkataan ni? For me as a partner, a couple, soulmate kite kena share segala perasaan.. bak kate Dato’ CT la katakan… (cer nyanyi sikit). Kite as manusia ni xlari dari masalah. Sama ada masalah dengan org ke dekat tempat keje ke.. Masalah diri sendiri ke, xsihat ke contohnye.. Senggugut ke hape ke.. cer korang share segala
ape yang dalam hati korang tu pada pasangan supaya hati korang lega, lega sbb ade org yg boleh jadi pendengar setia korang, bleh bagi pendapat n silap2 boleh tolong bagi solution lg.. kan ke bagus? Ade org tlg setelkan masalah…

Tapi dalam situasi mcmni pasangan pun knla mainkan peranan. bila pasangan tgh bercerita, jgnla korang biarkan dia tenggelam dengan cerita dia sorg2 n korang dah lama berlayar ntah kemana.. Jadila pendengar yang setia supaya pasangan akan rasa lebih dihargai..

Sekiranya ada masalah dalam rumahtangga korang plak, knla jujur n berterus terang dengan pasangan.. bgtau ape yang korang xpuas hati, ape yg korang perlu perbaiki, muhasabah diri ke buatla time ni.. pastu korang perbaiki hubungan. InsyaAllah segalanya akn pulih. Percayalah..

Kena sentiasa ada give n take, toleransi, saling faham memahami, berbincang sekiranya ada masalah n bukannya saling tuduh melulu. That’s not solving anything..

3. Rendahkan Tahap EGO Korang

Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal, manakala lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu.
Jadi wanita mmg mudah terdorong dengan emosi. Manakala lelaki yang sememngnya adalah Ketua Keluarga menpunyai byk kelebihan dengan 9 akal ini sepatutnya dapat mengimbangi emosi wanita. Berbincang dalam setiap permasalahan. Sama ada masalh dlm rumah tangga, mahupun yang melibatkan ahli keluarga. Berbincang bagi mendapatkan penyelesaian dan bukannya semakin menyulitkan keadaan.

4. Banyakkan Bersabar

Permulaan dalam membina kehidupan baru bukanlah sesuatu yang mudah. Byak perkara yang dilalui bersama. Pelbagai cabaran dan dugaan kena tempuh bersama. Aku n pasangan sendiri bukanla anak org berada. Asal dari kampung yg datang merantau ke negeri orang bagi mncari rezeki yang halal. Segalanya bermula dengan ‘0’. Tiada istilah mewah bagi kami.. sentiasa bersederhana dalam segalanya.. Susah senang kami dikongsi bersama.

Bagi mereka yang PJJ dengan pasangan masing2, masa adalah masalah utama. Bagi mereka yang PJJ mmg memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi. Luangkan
masa sebaiknya apabila berada bersama pasangan. Kongsilah segala suka dan suka bersama.. Kelak bila keadaan dah semakin baik korang sendiri akan hargai segala masa susah korang bersama pasangan korang. Masa tu nanti pasti korang akan tersenyum sendiri.. Betapa masa itu berlalu pantas…

5. Bergurau Senda dan Wujudkan Unsur Kejutan

Taktik ini sangat2 membantu dalam perhubungan. Xsalah pun nak bergurau senda asalkan tidak keterlaluan. Barulah nampak kehidupan rumahtangga kita ceria.. xdelah asik nak serius je.. kalau balik keje tu henpon tu letak jauh2.. xyah nk ngadap gajet sangat sampaikan nk bersembang pun xfokus. Sekali sekala tu buatla suprise kat pasangan, bagi bunga ke, bagi hadiah ke, kek ke or ape saje yang korang mampu ketika itu. Sebenarnya pasangan ni xdelah beria sgt nk hadiah ke ape.. hanya nk kan rasa diri tu disayangi dan dihargai. Bagi hangat balik rumahtangga korang tu yg mcm nk suam2 kuku tu.. Jangan la korang wat suprise masa tahun pertama kedua je.. pas beranak pinak 4 5 org terus korang wat derrrkk jee… mmg nk kena makan sup kasutla jawapnye..sila hadam k. haha

Cukuplah 5 tips dari aku ni… byak naw dah ni menaipnye.. kalau ikut banyak lagi tips2 nye.. tp xlarat nk taip..hahaha. Next karangan nnti kalau aku rajin aku sambung yerk.

Kesimpulannya, hargailah pasangan korang sementara pasangan korang tu ada. Jaga dan sayangilah pasangan korang. Terima segala kekurangan dan kelemahannya. Imbangilah kelemahannya dngan kelebihan yang korang ada, dan pasangan korang akan mengimbangi kelemahan korang dengan kelebihan dia.. JUJUR, PERCAYA dan SETIA. Kunci yang aku pegang dari dulu sampai kini..

Aku doakan agar rumahtangga korang sume sentiasa dilindungi Allah SWT, Kehidupan korang diberkati dan korang bahagia hingga ke Jannah. Doakan aku juga ya…

Sayangi Keluarga Anda…

Sekian, bebelan aku petang ini..

Wassalam..

My Thought

BerSawAng SudAa…

Assalamualaikum WBT…

Ya Allah… Bersawang-sawang dah rumah kite ni. Nie kalau rumah betul ni dah de penunggu dah ni.. kompom kena baca surah Al-Baqarah dulu sebelum masuk. hehehe…

Last coretan aku pada Julai 2013, sekarang dah April 2017. Nampak tak perbezaan tahun kat situ. Dah lama sungguh aku tak menjengah ke page sendiri. Dalam tempoh dekat 4 tahun aku tak bersiaran di laman sendiri macam-macam yang jadi.. Ini buka balik pun gara2 opismate tegur page aku. Dalam hati aku (eh ade juga orang tengok blog aku nih..huhuhuhu). Gara-gara kena tegur, alang-alang aku jenguk semula, baik aku start menaip di kala lom banyak keje kat opis ni.. ahahahahhahha… (gelak jahat serupa De Vil)

Suka, duka, kenangan manis, kenangan pahit… semua ada..

JOM kite FLASHBACK memori. Itu pun kalau aku igt lagila… hehhehe

Last coretan aku dulu masih berkisar di MARDI. Ye, MARDI.. yang buat R&D teknologi pertanian tu. 3 tahun lebih aku berkerja di situ bertaraf kontrak. Macam2 term dah aku guna. Pekerja khidmat singkat la (PSH), Contract Of Service la. Aishh.. daripada gaji harian, sampailah gaji bulanan. Environment kerja ok, member2 pun ok. Even bos pun ok. Kerja bidang yang aku belajar kan kompomla aku ok je.. masuk keluar ladang, berpanas hujan aku no hal, jiwa kental beb. Tengah ngandung pun still boleh mencangkul buat lubang tanaman. Steady je.. Cm orang atasan jela yg pilih bulu.. Bulu ape? haa….pandai2 korang la nk pilih bulu ape. Jgn salah bulu sudah. Hahahaha…

Kalau tak silap bulan Februari 2014, aku berhenti keje MARDI. Sebab utama aku berhenti, aku akan makan hati bila kerja kat situ. Sebabnye susah sangat nak dapt serap ke jawatan tetap. Dah de recommendation pun still susah sbb ade org tak puas hati dgn bos kite, dgn pekerja-pekerja skali kena tanggung akibat.. Sekian, tutup cite MARDI.

Next month nye klu xsilap aku dapat keje kat Bangi. Kat WISMA ANTOP. Post as a clerk. Keje aku? Key in data jela hari2.. ngadap buku sales hari-hari and key in je la.. make sure kn balance. 6 bulan aku keje sana dan dalam pada masa yang sama aku ade apply keje kat tempat lain.. Ape yang syok keje KERANI tu?? hahaha… Aku terdesak nk berhenti kje sbb makan hati, mmg drastik betul keputusan aku benti keje MARDI sampaikan bos aku pun tanya. hahahhaha.. klu nak ikutkan gaji mmg kecik jela gajinye.. betul2 gaji basic n adela tambah skit2.. dalam 1k lebih sikit je.. kOrang rasa cukup ke x cukup? dengan anak aku yang belum pun setahun umurnya, kos sara hidup lg. Tp aku n suami pasrah. InsyaAllah ade rezekinya nanti…

Macam2 dugaan bila duk di perantauan ni. Tp tawakkal je InsyaAllah Allah akan membantu hambanya…

Cukupla kot coretan aku ni.. esok2 sambung lg la flashback tu..

hehehe

Wassalam…

 

My Thought

BerSedih…

Tatkala tangan dan jemari lincah menyusun gerak tari di papan kekunci, hati terusik sedih mengenangkan nasib   diri….

16:00 pm : Aku nekad untuk telefon bahagian kewangan untuk bertanyakan berkenaan status gaji. Telefon diangkat, person incharge tiada, cuti. Maka aku bercakap dgn wanita tersebut secara sopan bertanyakan perihal yang aku sebut td. Wanita itu mengemas kini data aku –> keputusan yang aku terima –> tiada status terkini.

16:15 pm : menelefon en.Suami, memberitahu hal sebenar. Gaji blum masuk n belum ade status terkini. Mood suami hilang, aku pun sama. –> dlm otak blur…nk korek duit tang mana.. orang yang berhutang sume kering. Dah tu diorg xpikir ke yang kitorg ni pun kerinnngggg!! Huwaaaarrrggghhh..marah dlm hati, xle nk lepas –> SEDIH..

16:30 pm : en. Suami suh buat aduan/cadangan kat pihak berkenaan. Oleh kerana aku adalah isteri yang setia, aku wat aduan/cadangan di e-pertanyaan. Aku luahkan dgn cara yang berhemah.. tengok dlm masa 3 hari, apakah respon mereka.

Kesimpulan –> Aku sedih dengan ape yg mereka lakukan. lebih baik bertaraf sambilan daripada kontrak sekiranya begini layanan diorg pada aku dan yg lain2.. igt kitorg ni xde komitmen ke?

MODE : SEDIH+BENGANG+MARAH+PASRAH–> kena bersabar dgn ketentuan ALLAH..

p/s: cepat2la dapat rezeki tetap. xlarat menampung emosi..

My Thought

Beginning of the new things…

Beads..crumbles.. a new start for me.. Actually, I’ve started before but only for myself. Really enjoyed & having fun by doing all this stuff. Even it’s just began, but i think it is better than nothing.. like a hobby. My first customer is my office-mate. Purposely ordered for her wedding. Even though it just a simple decorations, but she like it so much and satisfied with my handwork. I hope she’s look more prettier after wearing that scarf.. Can’t wait to see her wearing that tudung this coming May 5, 2013.. Selamat Pengantin Baru to Rin & Dafi in advance..hehe..

Beading tudung bawal
This is the tudung that i made for her..=)

  My tudung that I've made before

My baju kurung

Also my baju kurungnote: The other 3 photos are my own tudung n baju kurung.. =)

My Thought

Air gula OOOohhhh air gula..

01 Februari 2013…. aku ade appointment kat Klinik Kesihatan Dengkil untuk minum air gula… Ooh..tidakkk!! org kate minum air gula ni menyeksakan. Tp sebelum pegi aku xtaula mcmne rasanye.. Aku berserah n tawakkal jer.. kalau ikutkan aku kn sampai jam 8..tp dek kerana byk urusan pg tu, jdnye aku terlambat. kenala tegur dgn nurse..xpela.. Pas pendaftaran aku trus kn amik darah… pastu terus kn g minum air gula… Yaaaarrrkkkkk….!!!! Sememangnye memang manis sgt2… sgt2… half way aku minum aku rs nk muntah. Demi Allah rs terseksa sekejap.. huhu… Tp akhirnye aku dpt gak abiskan walaupun amik ms yg agk lm. Sampaikan misi tu tegur aku 2 3 kali suh abiskan cepat..hhuhu… Selepas 2 jam barula aku diamik darah utk kali ke 2.. hampir kul 12 barula segalanya selesai n aku pun balikla umah memandangkan aku amik cuti.. Keputusan belum diketahui.. mungkin next appointment barula aku dpt keputusan..

Sekian utk hari ini. =)

My Thought

Tabah..

Sahabat.. Semoga kau tabah menghadapi dugaan dari yang Maha Esa. Aku hanya mampu berdoa untuk kau. Aku memahami perasaan kau ketika itu walaupun ketika itu kau tidak mahu berkongsi rasa denganku.. Air mata aku bergenang ketika kau menceritakan perihal itu. Aku turut bersedih atas kehilanganmu.. Aku berdoa semoga ada rezeki yang lebih baik akan menyusul seketika nanti. Hapuskan air matamu, kuatkan semangatmu.. Aku kan senantiasa berada disisimu kiranya kau memerlukan aku. Arwah anakmu akan menunggumu di syurga… Amin…