RSS

Air gula OOOohhhh air gula..

01 Februari 2013…. aku ade appointment kat Klinik Kesihatan Dengkil untuk minum air gula… Ooh..tidakkk!! org kate minum air gula ni menyeksakan. Tp sebelum pegi aku xtaula mcmne rasanye.. Aku berserah n tawakkal jer.. kalau ikutkan aku kn sampai jam 8..tp dek kerana byk urusan pg tu, jdnye aku terlambat. kenala tegur dgn nurse..xpela.. Pas pendaftaran aku trus kn amik darah… pastu terus kn g minum air gula… Yaaaarrrkkkkk….!!!! Sememangnye memang manis sgt2… sgt2… half way aku minum aku rs nk muntah. Demi Allah rs terseksa sekejap.. huhu… Tp akhirnye aku dpt gak abiskan walaupun amik ms yg agk lm. Sampaikan misi tu tegur aku 2 3 kali suh abiskan cepat..hhuhu… Selepas 2 jam barula aku diamik darah utk kali ke 2.. hampir kul 12 barula segalanya selesai n aku pun balikla umah memandangkan aku amik cuti.. Keputusan belum diketahui.. mungkin next appointment barula aku dpt keputusan..

Sekian utk hari ini. =)

 
Leave a comment

Posted by on February 4, 2013 in My Thought

 

Tags:

Tabah..

Sahabat.. Semoga kau tabah menghadapi dugaan dari yang Maha Esa. Aku hanya mampu berdoa untuk kau. Aku memahami perasaan kau ketika itu walaupun ketika itu kau tidak mahu berkongsi rasa denganku.. Air mata aku bergenang ketika kau menceritakan perihal itu. Aku turut bersedih atas kehilanganmu.. Aku berdoa semoga ada rezeki yang lebih baik akan menyusul seketika nanti. Hapuskan air matamu, kuatkan semangatmu.. Aku kan senantiasa berada disisimu kiranya kau memerlukan aku. Arwah anakmu akan menunggumu di syurga… Amin…

 
Leave a comment

Posted by on January 23, 2013 in My Thought

 

Buat buku…

Assalamualaikum..

Dah lm jari jemari tak menari lincah menyusun ayat dan kate2 untuk blog ni. Terasa lama luahan hati tak tersampai di muka ruangan ni. Kerana kekangan masa dan kadangkala tahap kemalasan yang amat tinggi menyebabkan aku yang sebenarnye banyak perkara untuk dicoretkan jadi tertangguh untuk diluahkan di sini.

Kisah ni dah pun sebulan berlalu.. seperti yang aku katekan td coretan aku jadi tertangguh dek kerana kesibukkan + kemalasan..hahaha (gelak jahat nakal sikit).

Jom kite flashback ape yang berlaku sebulan yang lalu… duuuusssshhhh3…bzzzbbbbzzzzbbzzz…. (konon-konon nak buat bunyi flashback, kalau xjadi, anggap jela jadik yer…hehehe)

17 hb Disember 2012, first time aku ke klinik desa berdekatan rumah untuk membuat buku. Buku ape? hehehe… buku buncit a.k.a buku mengandung… =). Dengan ditemani Hincik Suami, menaiki motor jer (sbb dkt dgn umah + jimat + cepat sikit), kitorg pun masukla ke klinik tu. Aku dengan muke ala2 kelat2 xtau ape2..terus duduk. Bile *misi tengok aku yg agaknye terserlah muke blurnye tu, trus panggil aku. Aku pun menyampaikan hajat aku yang sangatla besar tu, utk buat buku.. hehehe.. setelah diisi form segala bagai kat dalam buku tu, sijil nikah yang membuktikan aku ni sah bernikah (hehehehe) dan juga ic, so setella buat buku tu…

Seterusnye, benda pertama yang *misi tu suh buat adalah suh cek air kencing.. untuk ape? aku pun lupe nk tanye. Mungkin nk cek kandungan dlm air kencing tu normal or x kot..(mcm yakin xyakin je aku jawab) hehe. Nnti aku rujuk balik la kat *misi tu. Pastu aku kn timbang berat, kena cek kepekatan darah, tekanan darah dan lastly aku kn masuk dalam bilik untuk cek perut and segala yg berkaitan. Berat aku masa tu 53.9kg, kepekatan darah normal and tekanan darah aku pun ok.. Masa aku kat dalam bilik tu, after *misi tu cek2 sume, dia suh aku pegi ke klinik kesihatan Dengkil kerana usia kandungan aku masa tu dah hampir 12 minggu dan memang dah wajib scan utk nk dapatkan tarikh due aku nnti. Selain tu aku kn amik darah n adelah checkup susulan kat sana tu nnti.

So aku decide tuk pegi terus ke sana sjurus selepas tu. Dengan yakin aku bgtau kat *misi tu aku nk terus pegi aritu jugak (padahal suami aku keje, aku memang cuti. aku wat keputusan tnpa tye dia dulu..hikhik..suke2 ati aku jer kan?). Naseb bek Hincik Suami setuju..hehehe..selamat aku..

Masa di klinik desa tu, urusan setel dlm jam 10 lbih. So, kitorg terus gerak ke Klinik kesihatan Dengkil and sampai sana dalam kul 11 lbih sbb ade tersesat2, salah jalan (maklumla..xtau jalan). Selepas mendaftar, lebih kurang sejam lebih barula tibe giliran aku..huhu..jenuh menunggu. tp ape boleh buat, aku sampai pun dah lmbt..huhu. So setel la segala pemeriksaan semua..baby pun dah di scan, tarikh due pun dah dpt. Alhamdulillah setakat tu xde ape2 masalah & baby pun ok. Aku harap pasni baby sentiasa sihat sempurna…Insyaallah.. Amin…

note: * misi tu panggilan tuk nurse2..hehehe..

P/s: Sterusnye aku akn cite next appointment..=)

 
Leave a comment

Posted by on January 21, 2013 in LoVe U & mE

 

Tags:

Bakal anak mama n papa…

Alhamdulillah…

Syukur atas kurniaan Allah SWT. Setelah genap 5 bulan aku berkahwin, aku dpt tau yang aku hamil. Untuk seketika aku rasa aku di awang-awangan. Gembira yang tak terkata. 25hb Oktober, aku wat UPT atas desakan suami kerana period aku yang dah sangat2 lewat. So, pagi2 tu aku cek n  ape yang aku nmpak hanye 1 line yg mngecewakan aku. Tanpa berfikir pnjang aku trs bersiap2 utk ke tempat kerja. Sesampai di tmpat kerja, panggilan telefon dr suami yang sgt mengejutkan aku. Ade 2 line pd UPT tu..!! Aku sgt tkjut dan sgt bersyukur. walaupun line yang kedua itu kabur, tp aku yakin ini adalah petanda kurniaan Allah yang sgt aku tunggu2..

Image

Inila gambar yang suami aku send ms aku kat tempat kerja..2nd line yang kabur. Xpe, kami still tnggu seminggu lagi utk kompomkan. So 5hb Nov yang lepas aku pegi ke Klinik Jameaton di Seri Kembangan untuk membuat checkup. Setelah di scan, Alhamdulillah… Aku dah pun mengandung 5 minggu 4 hari..Syukur..

Image

Anak ibu yang comel…

 
Leave a comment

Posted by on November 8, 2012 in LoVe U & mE

 

Congratulations my friend..=)

Tahniah buat sahabatku Siti Aminah yang telah disahkan mengandung 5 minggu. I’m hepi for u my dear. Aku berdoa semoga kau sentiasa sihat di sepanjang tempoh ko mengandung. Jaga diri baik2 n jaga kandungan elok2. Semoga sihat n slamat semuanya.. Sayang kamoo….n baby..=)

 

Baby yg sgt chooommmeellll…………..

Baby yang comellll...

 
Leave a comment

Posted by on October 4, 2012 in My Thought

 

Perihal Dara & ‘Teruna’ (Teruna kerrr??)

Assalamualaikum..

Entry kali ini berkisar perihal dara dan teruna, teruna dan dara.. Biar aku bg mukaddimah dulu yer. Perempuan ni bila masih belum berkahwin @ berumahtangga kite senang nk cam kan? Tapi kalau lelaki, kite susah nak cam sama ada dah kahwin ataupun lum kan? lagi2 jenis lelaki yang maskulin, yang jaga penampilan diri. Kalau yang dah botak + boroi + buncit tu opkos la kite awl2 lagi dah tau..ye x? Kalau tak nampak jugak mknanye betulla pepatah “Cinta itu Buta”. Sebenarnya yang buta itu manusia. Buta untuk menilai seseorang itu. Tak pasal2 cinta yang dipersalahkan.

Ape yang aku nk sampaikan kali ni adalah kite sebagai seorang perempuan jgn mudah tergoda, terpedaya, termakan budi mahupun kate2, ayat2 manis seorang lelaki. Macam lagu Rossa tu, Hey Ladies. Memang perempuan adalah kaum yang lemah. Itu mmg dah tertulis. Tapi, kite xleh jdikan itu satu alasan yang kite mudah + senang sangat ditipu. Mentang2 lelaki tu tunjuk baik, concern, slalu call, sms, tye kabar, tye itu, tanye ini, bla..bla..bla.., kite igt dia tu mmg berniat baik dengan kite. No..No..No.. We must always be carefull. Aku sentiasa ingat ape yang suami aku pesan. Dia pernah kate dolu masa zaman kitorg tengah hangat berchentttaaa, dia kate lelaki ni bile bercakap tak semuanya betul n straight to the point, kebanyakkannye ada 2 maksud. Double meaning atau pun ade udang disebalik batu. Itu la pesanan suamiku yang sampai sekarang aku masih igt.

Aku percaya tak semua lelaki berhidung belang. Ramai yang cukup setia dan menjaga keharmonian rumahtangganya. Tetapi ade jugak segelintir manusia ni yang xsedar diri!! Dah ade isteri pun masih nk menggatal dengan anak dara. Bile berkursus kat luar terus jadik single. Walhal dah ade 2 org bini. Sgt tidak suka pada lelaki jenis ni..!! Si dara pula takde pulak tanye2kan status si ‘teruna’ ni teruna la sangat.. henpon sentiasa berbunyi. Sms masuk, Incoming call.. Sangat meriah henpon itu… Tapi sgt kesian kerana sebenarnye dara itu telah pun tertipu.

Segelintir rakan yg tau tentang hal ini, perihal sebenar si ‘teruna’ itu. Tetapi masih belum sesuai untuk diberitahu keadaan yang sebenar. Tak tau ape akan jadik bile si dara dpt tau. xtaula sama ada si dara tu dah jatuh hati ker x pd ‘teruna’ tu… Hopefully NOT YET. Sbb bile dah jatuh takut susah nk bangun semula.. Mahu melihat ending story ini..

 

p/s: Bersyukur dan berdoa semoga Allah tetapkan iman suamiku..amin..

 

Memang Cinta itu Buta…

 

 
Leave a comment

Posted by on September 28, 2012 in My Thought

 

Tags: ,

Hanya aku yang tahu..

Bukan senang nk melupakan kejadian yang sangat menyakitkan hati.. Bukan senang melupakan kata-kata yang menghiris hati. Aku ni hanya manusia biasa yang tak pernah lari daripada melakukan kesilapan.Tapi sebagai manusia juga aku rasa aku ada hak utk bersuara, buat ape yang aku suka selagi perkara yang aku lakukan itu tidak mengganggu org lain..

Setahun lebih sudah perkara itu berlalu. Tp ingatannya masih kuat kat minda aku. Aku memaafkan tetapi tidak sekali2 melupakan. bukan berdendam ttpi mungkin rs sakit hati itu masih lagi tinggi. Luka mmg telah sembuh, tapi parutnya masih ade, masih terlihat lagi.. Biar ape org nk kate tentang aku. Aku tak peduli. Perasaan itu, rasa itu, emosi itu, tekanan itu, hanya aku yang menanggung. So, org lain tak boleh nk menilai aku. Hanya aku yang tahu isi hatiku..

Aku mengucapkan padanya, tp aku tak pasti sejauh mana keihklasan aku menyebutnya. Adakah aku hipokrit..? Ya, aku hipokrit utk menjaga hatinya. Walaupun dia telah mengguris jauh ke dalam hati aku. Luka, berdarah, tapi aku tetap menjaga hatinya. Dia kate perkara lama biarkanla berlalu. Ya, perkara itu memang telah berlalu. Tetapi kesannya tetap ade jauh di sudut hati.

Biarkan..hanya aku yang tahu kisah hati ini..

 
Leave a comment

Posted by on September 26, 2012 in My Thought

 

Tags: ,