My Thought

Tips Bahagia Sampai Syurga..

Assalamualaikum

Ermm.. hari ni ape yang aku nk kongsikan ye..

2 3 hari ni aku terusik dengan kisah2 rumahtangga.. Kisah yang berlaku sekeliling n yang jadi depan mata sendiri. Ape yang aku rasa aku bleh share akan aku share kan… kita jadikan pedoman dan pengajaran bersama ye.

Sebelum aku cerita panjang, meh aku mukadimmah sikit la cerita aku.. Aku dah pun berkahwin dan mempunyai 2 org cahayamata (buat masa ni 2.. akan bertambah akan dtg InsyaAllah.. hahahaha) Aku ni xde la byk sgt mkn garam dr org2 lama.. usia perkahwinan pun baru menjangkau 5 tahun. Alhamdulillah..Bahagia.. bersyukur dengan ape yang aku ada sekarang.. Suami, anak2, keluarga sendiri n keluarga mentua semuanya terbaik. Alhamdulillah.. bersyukur sgt. Semua ini adalah rezeki dari Allah SWT. Rezeki Allah itu LUAS. Mungkin aku xdilimpahi dengan kekayaan wang ringgit dan kemewahan, tetapi aku bersyukur dengan ape yg Allah dah kurniakan pada Aku.. Alhamdulillah… Ok sambung..

Dalam alam rumahtangga ni aku rasa xde pasangan yang tak bertengkar, bergaduh, berselisih pendapat. Tipu la klau xde.. paling tidak mesti ada sikit. betul x? Sila angguk kepala laju2 hokey..jgn tipu kite.. heheheh.. tp apa2 pun itulah asam garam dalam rumahtangga.. Itulah rempah ratus yang menyedapkan kehidupan. Klau elok sentiasa jadi boring pulak kan? Ape yang penting mcmne cara setiap pasangan menghadapi n mengatasi setiap masalah n pergolakkan tu. Meh sini aku nk share sikit tips2 yang aku n soulmate aku guna pakai dalam alam rumah+tangga kami.

TIPS BAHAGIA SAMPAI KE SYURGA, InsyaAllah..AMin..

TIPS-TIPSNYA :

1. Perbaiki hubungan dengan MAHA PENCIPTA

DIA yang Maha ESA. Mana2 pun ini perlu didahulukan.. Aku n pasangan bukanlah manusia sempurna. Sentiasa dlm proses memperbaiki diri.. Luangkan masa solat bersama, mengaji, ambil masa untuk sentiasa muhasabah kekurangan n kesilapan diri.. berdoa supaya rumahtangga sentiasa aman harmoni dilindungi Allah SWT.. Amin..

2. Sharing is Caring

Biasa dengar kan perkataan ni? For me as a partner, a couple, soulmate kite kena share segala perasaan.. bak kate Dato’ CT la katakan… (cer nyanyi sikit). Kite as manusia ni xlari dari masalah. Sama ada masalah dengan org ke dekat tempat keje ke.. Masalah diri sendiri ke, xsihat ke contohnye.. Senggugut ke hape ke.. cer korang share segala
ape yang dalam hati korang tu pada pasangan supaya hati korang lega, lega sbb ade org yg boleh jadi pendengar setia korang, bleh bagi pendapat n silap2 boleh tolong bagi solution lg.. kan ke bagus? Ade org tlg setelkan masalah…

Tapi dalam situasi mcmni pasangan pun knla mainkan peranan. bila pasangan tgh bercerita, jgnla korang biarkan dia tenggelam dengan cerita dia sorg2 n korang dah lama berlayar ntah kemana.. Jadila pendengar yang setia supaya pasangan akan rasa lebih dihargai..

Sekiranya ada masalah dalam rumahtangga korang plak, knla jujur n berterus terang dengan pasangan.. bgtau ape yang korang xpuas hati, ape yg korang perlu perbaiki, muhasabah diri ke buatla time ni.. pastu korang perbaiki hubungan. InsyaAllah segalanya akn pulih. Percayalah..

Kena sentiasa ada give n take, toleransi, saling faham memahami, berbincang sekiranya ada masalah n bukannya saling tuduh melulu. That’s not solving anything..

3. Rendahkan Tahap EGO Korang

Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal, manakala lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu.
Jadi wanita mmg mudah terdorong dengan emosi. Manakala lelaki yang sememngnya adalah Ketua Keluarga menpunyai byk kelebihan dengan 9 akal ini sepatutnya dapat mengimbangi emosi wanita. Berbincang dalam setiap permasalahan. Sama ada masalh dlm rumah tangga, mahupun yang melibatkan ahli keluarga. Berbincang bagi mendapatkan penyelesaian dan bukannya semakin menyulitkan keadaan.

4. Banyakkan Bersabar

Permulaan dalam membina kehidupan baru bukanlah sesuatu yang mudah. Byak perkara yang dilalui bersama. Pelbagai cabaran dan dugaan kena tempuh bersama. Aku n pasangan sendiri bukanla anak org berada. Asal dari kampung yg datang merantau ke negeri orang bagi mncari rezeki yang halal. Segalanya bermula dengan ‘0’. Tiada istilah mewah bagi kami.. sentiasa bersederhana dalam segalanya.. Susah senang kami dikongsi bersama.

Bagi mereka yang PJJ dengan pasangan masing2, masa adalah masalah utama. Bagi mereka yang PJJ mmg memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi. Luangkan
masa sebaiknya apabila berada bersama pasangan. Kongsilah segala suka dan suka bersama.. Kelak bila keadaan dah semakin baik korang sendiri akan hargai segala masa susah korang bersama pasangan korang. Masa tu nanti pasti korang akan tersenyum sendiri.. Betapa masa itu berlalu pantas…

5. Bergurau Senda dan Wujudkan Unsur Kejutan

Taktik ini sangat2 membantu dalam perhubungan. Xsalah pun nak bergurau senda asalkan tidak keterlaluan. Barulah nampak kehidupan rumahtangga kita ceria.. xdelah asik nak serius je.. kalau balik keje tu henpon tu letak jauh2.. xyah nk ngadap gajet sangat sampaikan nk bersembang pun xfokus. Sekali sekala tu buatla suprise kat pasangan, bagi bunga ke, bagi hadiah ke, kek ke or ape saje yang korang mampu ketika itu. Sebenarnya pasangan ni xdelah beria sgt nk hadiah ke ape.. hanya nk kan rasa diri tu disayangi dan dihargai. Bagi hangat balik rumahtangga korang tu yg mcm nk suam2 kuku tu.. Jangan la korang wat suprise masa tahun pertama kedua je.. pas beranak pinak 4 5 org terus korang wat derrrkk jee… mmg nk kena makan sup kasutla jawapnye..sila hadam k. haha

Cukuplah 5 tips dari aku ni… byak naw dah ni menaipnye.. kalau ikut banyak lagi tips2 nye.. tp xlarat nk taip..hahaha. Next karangan nnti kalau aku rajin aku sambung yerk.

Kesimpulannya, hargailah pasangan korang sementara pasangan korang tu ada. Jaga dan sayangilah pasangan korang. Terima segala kekurangan dan kelemahannya. Imbangilah kelemahannya dngan kelebihan yang korang ada, dan pasangan korang akan mengimbangi kelemahan korang dengan kelebihan dia.. JUJUR, PERCAYA dan SETIA. Kunci yang aku pegang dari dulu sampai kini..

Aku doakan agar rumahtangga korang sume sentiasa dilindungi Allah SWT, Kehidupan korang diberkati dan korang bahagia hingga ke Jannah. Doakan aku juga ya…

Sayangi Keluarga Anda…

Sekian, bebelan aku petang ini..

Wassalam..

Advertisements